Loading...
Menu

©Penakrifan Autisme dan Ciri-ciri Kekanak Autisme dari Kacamata Seorang Pemerha

Copyright © Hakimi bin Abdul Jabar (16 Safar 1437H) (28 November 2015).[
**]All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopying, recording, or any information storage and retrieval system, without actual written permission from the author and copyright holder.

 

 

 

 

©Penakrifan Autisme dan Ciri-ciri Kekanak Autisme dari Kacamata Seorang Pemerhati

 

 

Shakespir Edition

Edisi Shakespir

 

Penulis :

Hakimi bin Abdul Jabar

 

 

 

 

Acapkali kanak-kanak/kekanak yang mengalami gangguan perkembangan pertuturan ataupun kelewatan pertuturan (speech delay) dikaitkan dengan autisme. Ini adalah kerana antara ciri utama autisme ialah kegagalan dalam berinteraksi secara sosial. Terdapat pelbagai penerangan berkenaan autisme dan kanak-kanak/kekanak autisme di alam maya, iaitu internet. Seseorang hanya perlu membuat carian google sahaja. Saya, Hakimi bin Abdul Jabar, seorang penulis sepenuh masa yang merupakan seorang pemerhati bebas yang berpeluang memerhati sepupu saya, Nazri bin Isnin, seorang ayah kekanak yang mempunyai keperluan istimewa (special needs) kerana autistik (autistic) yang memberikan pelbagai buah fikiran holistik yang mudah difahami berkenaan autisme dan kekanak autisme di sini. Rakaman terima-kasih kepada Encik Nazri bin Isnin.

 

 

 

 

 

AUTISME

 

Ianya merupakan satu situasi di mana seorang kanak-kanak itu mempunyai masalah untuk mengaitkan kepada situasi sekeliling dan orang di sekelilingnya. Dia amat susah menerima sebarang perubahan kepada rutin hariannya, seolah-seolah keterlaluan/obsesif mengikutinya. Merupakan satu gangguan (disorder) yang kompleks dan mempunyai spektrum di antara ringan kepada berat. Autisme biasanya muncul dalam tiga (3) tahun pertama seseorang kanak-kanak dan seringkali dikaitkan dengan kecacatan kemahiran belajar (learning disabilities) lain seperti disleksia (dyslexia) dan kecacatan fizikal seperti epilepsi (epilepsy). Amat sedikit yang diketahui berkenaan autisme sehingga baru-baru ini dan kekurangan perhatian dan kesilapan didikan dan kekurangan ilmu pendidikan atau latarbelakang sesebuah keluarga seringkali dipersalahkan yang menyebabkan kekhilafan atau kekeliruan. Autisme disebabkan keabnormalan (abnomality) di dalam otak. Terdapat sedikit kemungkinan bahawa ianya daripada faktor genetik. Golongan lelaki empat (4) kali lebih kerap mempunyai autisme daripada golongan perempuan.

 

 

 

KENALPASTI

 

Disebabkab autisme merupakan satu gangguan perkembangan (developmental disorder), ianya mungkin mengambil masa sebelum seseorang menyedari bahawa anaknya lain daripada kanak-kanak yang lain. Kita mungkin menyedari bahawa anak kita kurang keinginan berinteraksi pada tahun pertamanya tetapi kita mungkin tidak akan mengaitkan ciri ini dengan sesuatu yang lebih berat sehinggalah ciri-ciri lain menjadi lebih jelas. Majoriti ibubapa hanya mengetahui anak mereka autistik atau ada sesuatu perkara yang tidak kena apabila anak mereka telahpun mencecah usia tiga (3) tahun.

 

 

 

PENGESANAN AUTISME

 

Kekanak yang mempunyai autisme mempunyai kebolehan yang berbeza akan tetapi ada tiga (3) ciri utama kekurangan yang mereka semua mempunyai: masalah untuk bersosial, masalah untuk berkomunikasi dan imaginasi terbatas. Memang ramai kanak-kanak autisme memperlihatkan tingkahlaku yang berulang dan sesetengah daripada mereka mempunyai memori yang sangat menakjubkan.

 

Kemahiran dan kebolehan Bersosial

Apabila autisme sangat serius, anak anda tidak akan mengendahkan orang lain di sekelilingnya. Pada bayi, ini ditunjukkan dengan keadaan bayi menangis tetapi tidak boleh ditenteramkan melalui pelukan dan pujukan, sentiasa diam, tidak berinteraksi dengan mata, dan gagal untuk memberi tindakbalas pada ransangan seperti kembali tersenyum, melambai atau melalui mimik muka.

Kanak-kanak autistik akan menunjukkan kekurangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, terutamanya kanak-kanak. Mereka tidak membuat kawan, dan apabila didekati untuk bersosial, mereka berkelakuan tidak sepatutnya; mereka mungkin mengulangi sebahagian percakapan yang baru dibualkan, mereka mungkin agresif, atau mereka mungkin menggunakan bahasa yang mengelirukan.

Dalam situasi yang kurang serius, anak anda mungkin menerima interaksi sosial tetapi mungkin tidak terlalu responsif atau memberi responsif dalam keadaan kaku dan berulang.

 

Komunikasi

Dari umur yang awal kebanyakan kanak-kanak menunjukkan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Malah, sebelum mereka boleh menyebut perkataan dengan betul lagi mereka sudah cuba berinteraksi menggunakan mimik muka dan pergerakan badan. Kanak-kanak autistik tidak berkeinginan sebegini. Walaupun anak anda bercakap, dia bercakap pada orang, bukan dengan orang, atau dia hanya bercakap apabila mahukan sesuatu. Anak anda mungkin mempamerkan echolalia (mengulangi perkataan yang baru didengarinya) dan dia mungkin menggunakan sesebuah perkataan atau prasa secara berulang atau tidak sesuai dengan keadaan. Menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak autistik untuk keliru dengan penggunaan kata ganti nama ‘saya’, ‘awak’ atau ‘dia’.

 

Imaginasi

Seorang kanak-kanak yang autistik tidak menggunakan imaginasinya apabila bermain dengan permainannya, dan daripada menerima keseluruhan barang mainannya, dia menjadi terlalu tertarik dengan satu bahagian kecil mainan tersebut. Contohnya, apabila sedang bermain dengan keretapi mainan, dia akan menumpukan perhatian pada satu bahagian kecil keretapi tersebut, seperti rodanya, atau gerabaknya, daripada menggunakan keretapi mainan tersebut secara keseluruhan.

Sesetengah kanak-kanak autistik ada melibatkan diri dalam aktiviti imaginasi, seperti membaca, tetapi ini merupakan kelakuan stereotype dan berulang. Contohnya, anak anda mungkin membaca satu buku berkali-kali.

 

Kelakuan Berulang

Kelakuan berulang mengetuk, rocking, menghantuk kepala, mengetap gigi, mendengus, menjerit, memetik jari, memusingkan objek, dan berdiri dan melompat satu kaki ke depan dan ke belakang merupakan antara kelakuan kanak-kanak autism. Jenis kelakuan berulang yang anak anda lakukan akan bergantung kepada kebolehannya. Kelakuan yang lebih sofistikated termasuk mengatur objek dalam aturan yang kompleks dan berulang, dan mengumpul sesuatu objek yang sama dengan banyak. Anak anda mungkin akan tertarik dengan sesuatu topik dan akan bertanya soalan yang sama berkali-kali dan meminta anda menjawab jawapan yang sama berkali-kali. Anda akan menyedari anak anda sukakan rutin yang berulang, termasuk yang tidak masuk akal, untuk diambilkira. Contohnya, dia mahukan aturan aktiviti yang sama dilakukan sebelum dia masuk tidur.

 

Memori

Sesetengah kanak-kanak autistik mempunyai kebolehan menyimpan memori dan mengingat semula sebagaimana ia mula-mula difahami dan hasilnya boleh mengagumkan. Seorang kanak-kanak autistik mungkin berkebolehan melukis sebuah bangunan dengan sempurna sebagaimana dia lihat sebelumnya ataupun mengulangi keseluruhan perbualan atau senarai maklumat.

 

 

KEPERLUAN ISTIMEWA

Keseriusan keadaan anak anda bergantung pada beberapa faktor: Samada dia mengalami learning disorder yang lain, contohnya dyslexia; samada dia turut mempunyai kecacatan fizikal, contohnya epilepsy; jenis pendidkan yang dapat dia perolehi; dan personalitinya atau keadaannya, yang turut memberi kesan bagaimana dia bertindakbalas pada kekurangannya. Adalah amat penting untuk mengenalpasti autisme dan ketidakupayaan lain yang saling berkait seawal mungkin supaya keperluan anak anda dapat dipenuhi.

 

Anda boleh mendapatkan bantuan di hospital kerajaan sebelum dirujuk pada badan-badan organisasi yang menjurus pada Autisme. Bergantung pada keseriusan autisme anak anda, dia masih lagi boleh pergi ke sekolah biasa di mana dia mendapat bantuan tambahan, atau dia perlu ke sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam pelajaran atau perkembangan.

 

 

Copyright © Hakimi bin Abdul Jabar (16 Safar 1437H) (28 November 2015). All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopying, recording, or any information storage and retrieval system, without actual written permission from the author and copyright holder.

 


©Penakrifan Autisme dan Ciri-ciri Kekanak Autisme dari Kacamata Seorang Pemerha

  • ISBN: 9781310897429
  • Author: Hakimi Abdul Jabar
  • Published: 2015-11-27 21:20:06
  • Words: 1066
©Penakrifan Autisme dan Ciri-ciri Kekanak Autisme dari Kacamata Seorang Pemerha ©Penakrifan Autisme dan Ciri-ciri Kekanak Autisme dari Kacamata Seorang Pemerha